FIRE OFFICER
Apply now »Date: 3 Nov 2025
Location: Kuantan, 06, MY, 25720
Company: IJM Group
Job Description
SYARAT KELAYAKAN:
• Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 30 tahun.
• Mempunyai kelulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan dua (2) subjek teras lain atau setaraf.
• Memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D yang sah.
• Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan serta berpengalaman sebagai Bomba Sukarela atau Bomba Bantuan adalah satu kelebihan.
• Sihat tubuh badan dan cergas dari segi fizikal.
• Keperluan tinggi: Minimum 165cm.
• Indeks Jisim Badan (BMI) antara 19 - 26.
• Penglihatan: Tidak buta warna, dengan ketepatan minimum V6/9 pada kedua-dua mata (diuji secara berasingan) tanpa cermin mata atau kanta sentuh.
• Boleh bekerja secara syif bergilir, termasuk pada waktu malam, hujung minggu, dan cuti umum, serta bersedia bekerja secara fleksibel mengikut keperluan operasi.
• Mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, baik secara lisan mahupun bertulis.
TANGGUNGJAWAB UTAMA:
Peranan ini adalah untuk menyokong pelbagai tanggungjawab Jabatan Port Fire termasuk:-
• Melaksanakan operasi pemadaman kebakaran, penyelamatan, pertolongan cemas, serta menangani insiden kecemasan dan pencemaran, termask akitiviti lain yang berkaitan dengan kebombaan.
• Memantau operasi pengendalian kargo berbahaya, bunkering, dan kerja panas bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan, serta mengambil tindakan segera menghentikan operasi sekiranya terdapat risiko kebakaran, kebocoran, atau kemalangan.
• Menjalankan kerja-kerja pembekalan air tawar ke kapal dan memastikan baucar perkhidmatan pelbangai dilengkapkan dengan tepat.
• Melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaran peralatan kebombaan mudah alih dan tetap, stor jabatan serta kenderaan jabatan termasuk jentera bomba.
• Melaksanakan rondaan berkala bagi memastikan peraturan pencegahan kebakaran dipatuhi dan peralatan pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan tidak dihalang.
• Menyertai latihan kawad kebombaan, penyelamatan pertolongan cemas, pencemaran laut dan latihan lain yang berkaitan bagi mengekalkan tahap kecekapan serta kecergasan maksimum.
Summary
Skills
Certifications
Education