JURUTEKNIK KANAN (AWAM/AIR)
Apply now »Date: 16 Jun 2025
Location: Kuantan, 06, MY, 25720
Company: IJM Group
Job Description
KELAYAKAN:
• Memiliki Diploma dalam Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang setara.
• Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
• Berpengalaman dalam pengurusan projek pembinaan termasuk pengurusan kontrak dan penyeliaan tapak.
• Pengalaman dalam sistem bekalan air dan operasi dermaga adalah diutamakan.
• Berpengalaman dalam kerja-kerja ukur aras merupakan kelebihan tambahan.
• Pengetahuan dalam penyelenggaraan fasiliti (Pencegahan & penambahbaikan) seperti bangunan, jalan raya, infrastruktur, dermaga, penyelenggaraan kerja – kerja marin, jeti LCB dan struktur batang (rak paip) merupakan kelebihan tambahan.
• Kemahiran teknikal dalam pengukuran, penyediaan Bill of Quantity (BQ), interpretasi lukisan dan spesifikasi, serta penyeliaan kerja di tapak.
• Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan).
• Kemahiran komputer yang baik, terutamanya dalam Microsoft Word dan Excel.
SKOP TUGAS:
Peranan ini adalah untuk menyokong pelbagai tanggungjawab Jabatan Kejuruteraan Awam & Infrastruktur termasuk:
A. Di Pejabat:
• Membantu dalam penyediaan dokumen tender termasuk penyediaan Bill of Quantity (BQ), lawatan tapak, dan penyediaan lukisan/lakaran.
• Menyediakan laporan berkala dan taklimat mingguan berkaitan status projek dan penyelenggaraan.
• Membuat semakan dan pengesahan ke atas dokumen teknikal daripada kontraktor atau perunding (contoh: Method Statement).
• Menyediakan dokumen permohonan untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan (jika perlu) dengan bantuan Eksekutif.
• Menjalankan semakan penyelenggaraan berkala dan mencadangkan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
• Menyediakan laporan insiden (jika berkaitan dengan projek) dan menyokong siasatan teknikal.
• Menyusun dan menyelenggara dokumentasi projek secara sistematik (fail projek, dokumen tender, laporan tapak, dll).
• Menyediakan dokumen pembayaran kepada kontraktor.
• Mengaturkan dan menyediakan minit mesyuarat
• Memberikan kerjasama dan bantuan kepada pasukan apabila diperlukan
B. Di Tapak:
• Memantau dan menyelia pelaksanaan kerja di tapak mengikut spesifikasi teknikal, BQ, lukisan pelan, piawaian keselamatan dan jadual kerja.
• Membuat pengukuran fizikal di tapak serta berkomunikasi dengan Eksekutif untuk pelaporan status kerja.
• Mengawasi kerja-kerja kontraktor bagi memastikan kualiti dan ketetapan masa kerja mengikut spesifikasi.
• Menyediakan dokumentasi harian seperti site diary, Request for Inspection (RFI) dan laporan kemajuan kerja.
• Membuat pengukuran fizikal di tapak bersama kontraktor dan laporkan kepada eksekutif.
• Menyelesaikan isu dan aduan pengguna berkaitan fasiliti, termasuk melalui sistem Ezy Civil.
• Mengurus dan menyediakan minit mesyuarat
• Memastikan kontraktor melaksanaan taklimat keselamatan (toolbox briefing) dan memastikan dokumen HSE lengkap dan tersedia di tapak.
Summary
Skills
Certifications
Education