TECHNICIAN

Apply now »

Date: 16 Jun 2025

Location: Kuantan, 06, MY, 25720

Company: IJM Group

Job Description

KELAYAKAN:

•    Mempunyai Diploma atau Sijil dalam Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang setara.
•    Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
•    Berpengalaman dalam pengurusan projek pembinaan termasuk pengurusan kontrak dan penyeliaan tapak.
•    Pengalaman dalam penyelenggaraan bangunan dan kerja awam adalah diutamakan.
•    Berkebolehan dalam mendapatkan data ukur aras. 
•    Pengalaman dalam penyelenggaraan fasiliti (Pencegahan & pembetulan) seperti bangunan (struktur RC),jalan raya, infrastruktur, Kerja-kerja Pempaian, Gudang (Struktur keluli) merupakan kelebihan tambahan.
•    Kemahiran teknikal dalam pengukuran, Bill of Quantity (BQ), interpretasi lukisan dan spesifikasi, serta penyeliaan kerja di tapak.
•    Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan).
•    Kemahiran komputer yang baik terutamanya dalam Microsoft Word dan Excel

SKOP TUGAS:

Peranan ini adalah untuk menyokong pelbagai tanggungjawab Jabatan Kejuruteraan Awam & Infrastruktur termasuk:
A. Di Pejabat:
•    
•    Merancang dan menyelaras penyelenggaraan bagi fasiliti, peralatan dan struktur bangunan.
•    Menyediakan laporan berkala dan taklimat mingguan berkaitan status projek dan penyelenggaraan.
•    Menyusun dan menyelenggara dokumentasi projek secara sistematik (fail projek, dokumen tender, laporan tapak, dll).
•    Membantu dalam penyediaan dokumen tender termasuk penyediaan Bill of Quantity (BQ) dan  lawatan tapak. 
•    Menyediakan dokumen pembayaran kepada kontraktor. 
•    Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan merekod semua dokumen berkaitan projek dan penyelenggaraan.
•    Memberikan kerjasama dan bantuan kepada pasukan teknikal apabila diperlukan.
B. Di Tapak:
•    Memantau dan menyelia pelaksanaan kerja di tapak mengikut spesifikasi teknikal, BQ, lukisan pelan, piawaian keselamatan dan jadual kerja.
•    Menjalankan pemeriksaan ke atas bahan binaan, kerja konkrit, kerja struktur, mutu kerja dan pematuhan terhadap spesifikasi.
•    Membuat pengukuran fizikal di tapak serta berkomunikasi dengan Eksekutif untuk pelaporan status kerja.
•    Menyediakan dokumentasi harian seperti site diary, Request for Inspection (RFI) dan laporan kemajuan kerja.
•    Menyelesaikan isu dan aduan pengguna berkaitan fasiliti, termasuk melalui sistem Ezy Civil.
•    Memastikan kontraktor melaksanaan taklimat keselamatan (toolbox briefing) dan memastikan dokumen HSE lengkap dan tersedia di tapak.

Summary

Skills

Certifications

Education

Diploma in Civil Engineering

Apply now »